Dilahirkan di W.P Kuala Lumpur dan dibesarkan di sana selama 5 tahun kemudiannya mengikuti keluarga berpindah ke Perak dan kini menetap di Lekir. Anak ke-2 dari tiga beradik ini baru sahaja menamatkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Petronas di dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik. Kemudian mendapat tawaran pekerjaan pertamanya setelah tamat pengajian bersama Murata Electronic Sdn Bhd sebagai Product Engineer. Meskipun tidak mempunyai latar belakang pengajian seni fotografi, namun minat beliau yang mendalam di dalam bidang tersebut mencetuskan keinginan untuk lebih maju dan mara di dalam arena seni penangkapan gambar. Berbekalkan semangat dan ilmu yang dipelajari sendiri, sama ada melalui pengalaman, perbincangan, pembacaan, pemerhatian dan forum-forum fotografi, beliau mempunyai azam dan keinginan yang membara untuk menghasilkan gambar yang mempunyai nilai sentimental dan artistik. Meminati fotografi perkahwinan atas dasar suka hasilnya dihargai orang lain, di samping menimba pengalaman dan juga mencari kenalan baru.
Antara laman web yang turut mempamerkan hasil kerja beliau sama ada secara formal atau tidak formal:
1.www.syafiqxosman.blogspot.com
2. www.flickr.com/jiwalalat
3. http://usha-rapat.fotopages.com/
4. www.facebook.com/syafiqs88